
Profile Ustaz Muhidin Mokter
Mendapat asas pendidikan Islam di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan (1986-1990). Meneruskan pengajian di Jamiah Darul Ulum Karachi, Pakistan (1991-1993). Seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar Mesir (1993-1997) dalam jurusan Syariah. Memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Syariah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2002.
Memulakan kerjaya sebagai guru agama di Sekolah Menengah Agama Hishamuddin Klang pada tahun 1997 seterusnya sebagai pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (sekarang dikenali sebagai Universiti Islam Selangor UIS) dari tahun 1997 sehingga 2012.
Atkif dalam usaha-usaha dakwah, sebagai penceramah, pengkuliah berkitab, moderator dan panel forum. Beliau juga merupakan penceramah agama bertauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Berpengalaman mengendalikan program latihan khususnya pembangunan sumber insan dan mendapat sijil kejurulatihan dari Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Pernah terlibat dalam beberapa program di media massa seperti TV Al-Hijrah, TV3 dan TV9
​
​
Kerjaya terkini:
​
Pendakwah & Perunding Motivasi
Pengerusi Tadika Islam Malaysia ( PERTIM )
Co-Founder Rangkaian Tadika Islam Bi'r Ali
Pengarah Urusan Akademi Keluarga Fitrah
​


